Disebabkan aku menggunakan DISQUS COMMENT untuk comment box blog ini, aku mengharapkan kepada sesiapa yang sudi meletakkan komen sila pastikan LINK BLOG anda disertakan bersama (ditaip pada ruangan url). Tanpa Link Blog, ada pemberi komen yang tidak dapat aku kenalpasti dan menyebabkan aku tidak tahu siapa orangnya atau dengan kata lainnya kamu hanya menjadi ANONYMOUS COMMENTOR.

ATOK DAN SARA: BEBASKAN IA PERGI

View Comments
Pengenalan
Kisah Atok dan Sara adalah sketsa pendek yang aku cipta mengenai kehidupan tiga orang beranak. Watak utamanya adalah Atok dan Sara manakala watak sampingan adalah Nenek. Watak nenek tidak bernama.

Sketsa ini adalah imaginasi mengenai aku di masa hadapan. Watak Atok adalah aku sendiri yang berusia dalam umur selepas persaraan, Nenek pula adalah isteri ku yang belum diketahui siapa orangnya dan akhirnya, Sara adalah cucu aku yang berusia 15 tahun.

Latar tempat – Rumah aku dipinggir yang terletak di pinggir bandar
Watak Atok – Miang, lucah, pembuli cucu, takut kepada isteri
Watak Sara – Innocent, pembuli Atok, manja kepada Nenek
Watak Nenek – Garang kepada Atok, baik kepada Sara

Sketsa: Bebaskan ia pergi
Aku mendapat idea mengarang sewaktu aku give-up kepada seorang gadis yang aku gelarkan sebagai Gadis Mutiara di dalam blog lama dahulu. Gadis Mutiara ini aku kenali selama setahun dan entri ini dibuat pada hari terakhir kami bertemu. Hari ini, kawannya mengirimkan salam Gadis Mutiara kepadaku yang mengkhabarkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada minggu hadapan. Semoga berbahagia kawan ku.

Makluman
Sketsa lain masih ada dalam simpanan dan bakal dikeluarkan pada masa hadapan. Aku juga berharap dapat mengarang sketsa baru mengenai tiga anak beranak ini.

**********

Bebaskan Ia Pergi

Pada satu petang yang damai…

"Atok buat apa?", tanya Sara.

"Tak buat apa-apa... duduk jer lihat pemandangan di beranda ni", jawab Atok Ah Fatt.

"Nak mintak tolong boleh Atok?"

"Boleh... blah! Jangan nak cuba mempermain-mainkan Atok lagi. Bukan Atok tak tau Sara selalu mencari peluang mengenakan Atok. Kan? Kan? Kan?"

"Alaaaaa... Sara seriuslah Atok! Ni ada kerja sekolah nak mintak tolong ni"

"Aik! Atok dah bersara... tak sekolah... tak kerja... Atok dah malas buat kerja sekolah!"

"Sara bukan suruh Atok ler... Ish! Sara nak mintak dapatkan isi jer"

"Nak isi... kupas kulitnya"

"Eeeeeeeee... Nekkkkkkkkkkkk... Atok ni tak nak tolong Sara lah!"

"Anje!", teriak Nenek dari dalam rumah.

"Yer sayangggggggg", jawab Atok sambil buat muka menyampah kepada Sara. "Janji... kali ni jangan nak kenakan Atok... ini serius mintak tolong kan? Bukan tipu Atok kan?"

"Bukanlah Atokkkkk... ini kerja sekolah BM ni. Nak buat karangan mengenai salah seorang ahli keluarga. Nenek sibuk... Atok jer yang free"

"Ok... ok... camana nak tolong? Takkan nak suruh Atok karangkan... mana aci! Atok karang mesti dapat A+"

"Bukannnn... Sara nak temuramah Atok jer nak dapatkan isi cerita"

"Ohhh... Sara nak tanya apa?"

"Hmmm... apa ek?

"Aik! Tak prepare ker?

"Prepare! prepare!... hehehe... hmmm... Atok suka wrestling?"

"Nak tanya cam tu ker?"

"Atok jawab jer lah... Sara nak tulis point ni"

Atok Ah Fatt berfikir sejenak dan kemudian dia teringat. "Atok dulu masa kecik-kecik Atok minat Stone Cold Steve Austin"

"Siapa tu Atok? Kuat ker?"

"Kuat! Dia best... kalau dia lawan... macam drama... best!"

"Kalau wrestler perempuan lak?"

"Perempuan? Atok tak kenal banyak ler... Atok kenal Chyna jer"


"Orang China ker tu tuk?"

"Bukanlah! Nama jer Chyna.. dia orang putih gak... tapi perempuan lagak lelaki... kadang-kadang lelaki pun kalah tau"

"Ooooo... begitu", kata Sara sambil mengangguk-angguk kepala dan cuba memikirkan soalan seterusnya.

"Lagi? Itu jer nak tanya Atok ker?"

"Hmmm... takder idea ler Tok... apa kata Atok cerita apa-apa jerlah"

"Cerita... hmmm... nak cerita apa?"

"Apa-apa jer... please Atok. Takder idea ni"

"Hmmm...", Atok Ah Fatt berfikir dan seekor burung hinggap di dahan pokok yang berada di halaman rumah. "Burung... hmmm.. cerita burung"

"Cerita burung?", tanya Sara dengan nada pelik.

Atok Luffy bercerita (kisah benar):-

Pada usia Atok dalam lingkungan belum layak bersekolah dahulu, Atok ada memelihara seekor burung. Burung itu namanya Poudeki.

Masa Atok kecil, Nenek Atok selalu memanggil Atok Poudeki. Panggilan itu pula siap berlagu dan Atok masih ingat nadanya sehingga kini. Memandangkan panggilan Atok adalah Poudeki, maka burung Atok pun diberi nama Poudeki.

Malang menimpa. Keluarga Atok seperti tidak sesuai untuk mengurung seekor burung kerana pasti ada sahaja bala menimpa. Waktu Atok sudah bersekolah pun, kami adik beradik pernah menangkap burung dan kemudian bala menimpa kepada bapa kami.

Jadi, Atok terpaksa membebaskan Poudeki. Atok melepaskan Poudeki daripada sangkarnya sambil disaksikan kanak-kanak lain. Masih jelas dalam ingatan Atok peristiwa itu.

Poudeki bebas, namun dalam beberapa tahun selepas itu, Atok sentiasa mendengar bunyi burung yang nyaring. 'Poudeki... poudeki' bunyinya yang dilagukan berulang kali. Mungkin Poudeki rindukan Atok. Atok pun rindukan Poudeki.

"Wah! Atok tak menyesal ker lepaskan burung kesayangan Atok?"

"Dalam hidup ni Sara... menyesal hanya akan menghalang perjalanan kita. Burung... sifat azalinya adalah bebas berterbangan... jika jinak dia kembali"

"Jika dia tak kembali?"

"Bukan hanya ada seekor burung di dunia ini... dan bukan hanya burung yang boleh dijadikan binatang peliharaan. Banyak lagi Sara"

"Ohhh... ok"

"Tadi Atok nampak Sara rajin menyalin... masa Atok cerita Sara tak menyalin isi pun. Apa isi yang Sara dah dapat?"

"Sara dapat... hmmm... Atok ada Burung nama Poudeki... Atok dah lepaskan Poudeki... Atok suka Chyna... itu jer. Hehehe"

"Itu jerrrrrrrrrr? Adeh! Penat Atok bercerita. Dah! Dah!... pegi main jauh-jauh... Atok penat dah"

"Yalah! Yalah! Terima kasih Atok. Sayang Atok!". Sara mencium pipi Atoknya sebelum berlalu pergi.

Atok Ah Fatt walaupun kadang-kadang terasa seperti dipermain-mainkan oleh cucunya, namun dia tetap sayangkan cucunya bernama Sara ini. Atok Ah Fatt hanya menganggap itu semua hanya gurauan di antara seorang cucu dan datuknya.

Pada malam hari, Sara duduk di meja belajar di dalam biliknya. Buku latihan masih kosong. Nota isi yang disalin petang tadi ada di atas meja. Sara memerhatikan isi karangan berkenaan.

"Huhuhu... apa yang nak aku karang ni?", kata Sara berbisik dengan nada yang sedih.

"Matilah aku besok... kalau karangan ni tak siap! Mesti cikgu Zura marah"

"Hmmm... Burung... Poudeki... Chyna", bisik Sara lagi sambil memerhatikan nota isi karangan berkenaan.

"Idea... idea.... idea.... hmmmm", Sara mengerahkan otaknya untuk berfikir.

Setelah berusaha... beberapa ketika kemudian idea pun datang. "Ya! Karang macam tu ler. Hehehe"

Keesokan malamnya di rumah Cikgu Zura…

Cikgu Zura sedang meluangkan masa memeriksa karangan pelajar-pelajarnya. Pada siang tadi dia mengarahkan pelajar-pelajarnya menghantar latihan karangan yang diberikan. Sara adalah salah seorang pelajar cikgu Zura.

Setelah beberapa ketika, semasa Cikgu Zura memeriksa buku latihan maka sampailah giliran kepada buku latihan Sara.

Nama: Sara
Tingkatan: 3 Aspirasi
Matapelajaran: Bahasa Melayu
Tajuk Karangan: Atok Ah Fatt, Atok Saya

Saya ada seorang Atok. Atok ini adalah ayah kepada ayah saya. Nama Atok saya ini ialah Ah Fatt. Saya hanya memanggilnya Atok sahaja.

Atok Ah Fatt adalah seorang Nyah... 'Burung'nya sudah tidak ada. Atok kata 'Burung'nya bernama Poudeki.

Memandangkan Atok Ah Fatt seorang Nyah... malam-malam dia 'berniaga'... malam menjelma, Atok Ah Fatt dikenali sebagai Chyna.


DAHULU DAN SEKARANG

View Comments
Sudah dua hari aku hanya membuat entri kitar semula daripada blog lama. Entah mengapa aku tidak boleh mengarang dengan idea-idea baru seperti dahulu. Mungkinkah idea aku sudah tepu? Ataupun aku tidak lagi seperti dahulu? Mungkin ya, kerana setahun lebih lamanya aku menulis di dalam blog nampaknya sudah banyak yang berubah.

Pada masa dahulu gaya aku seumpama cara Boneka juga. Menulis entri pendek dan kisah benar dicampur aduk dengan cerita merepek semata-mata. Itulah namanya gaya dan ada juga orang yang meminatinya kerana kadang-kadang ada unsur humor di dalamnya.

Lama kelamaan, aku mula mencuba mengarang kisah panjang pula. Pada masa itu, aku masukkan sekali unsur imaginasi di dalamnya. Kisah benar diolah menjadi kisah ‘fairy tale’ bagi menghiburkan pembaca dengan apa yang tersurat dan kadang-kadang memberi pengajaran melalui yang tersirat.

Kekerapan update seumpama Boneka juga. Sehari pasti ada dua atau tiga entri yang aku buat mungkin kerana pada masa itu idea cukup mencurah-curah. Aku menggila jika hanya update sedikit kerana seperti tidak puas sahaja rasanya.

Pada masa entri pendek-pendek tak mengapalah aku update banyak. Apabila entri menjadi panjang dan dengan update yang banyak, aku menerimpa komplen pula. Pembaca kata mereka tidak sempat membaca entri yang aku buat dan disebabkan panjang maka mereka tidak sanggup membaca semuanya.

Lagipun, aku mula menyedari idea itu cukup berharga. Jika aku guna semua dalam sehari maka esok aku mungkin tidak ada idea pula. Lalu aku mengubah strategi dengan update yang mempunyai jarak masa agar pembaca sempat baca. Pagi akan ada satu entri, petang satu entri dan malam satu entri. Kemudian menjadi siang satu entri dan malam satu entri. Jika ada idea berlebihan, aku simpan untuk esok pula.

Masalah menjelma apabila internet connection di pejabat dihadkan kepada PC tertentu sahaja. Sebabnya pekerja gian bermain Facebokk di waktu kerja dan aku bukan salah seorang daripada mereka kerana aku belum ada Facebook pada masa itu. Akibatnya aku tidak boleh online setiap masa. Hanya setelah pulang ke rumah barulah aku online dan kesannya aku hanya mampu update sehari sekali sahaja.

Sehari update sekali baik juga rupanya kerana idea yang ada dapat dijimatkan untuk jangkamasa yang lama. Kadang-kadang aku sudah ada entri reserve untuk seminggu lamanya. Ada juga idea bermain di kepala namun belum berkesempatan untuk di karang. Kini, seperti yang aku nyatakan di awal tadi yang aku sememangnya kekurangan idea. Walaupun ada tetapi aku sudah hilang sentuhan untuk mengolahnya.

Dahulu juga aku di kenali dengan seorang yang aktif menukar layout blog aku. Ada layout yang bertahan hanya seminggu sahaja. Pilihan layout aku pula adalah ‘girlish style’ punya. Aku pilih ‘girlish’ sebagai satu strategi sahaja bagi menarik orang datang membaca.

Bermacam-macam widget juga aku letakkan di dalamnya. Hasilnya blog aku menjadi berat pula.

Kini aku hanya pilih blog yang simple semata-mata. Ringan dan senang untuk orang membaca. Layout ini adalah kali ketiga aku guna termasuk dua kali dalam blog lama aku dahulu. Aku sukakannya kerana ia simple, cerah dan luas sesuai untuk aku mengarang entri panjang.

Dahulu aku rajin membuat blogwalking juga. Biasanya aku masuk blog awek-awek sahaja. Jika entrinya comel dan orangnya lawa pasti aku add serta merta.

Kini aku sudah tidak membuat blogwalking. Aku tiada masa sebenarnya kerana hanya membaca blog-blog yang aku follow sahaja. Orang yang aku follow adalah orang yang rajin datang ke blog ini sebenarnya dan aku tidak kisah jantina dan paras rupa mereka. Jika entri mereka baik aku akan sentiasa membacanya. Jika aku rasakan aku tidak dapat mengikuti blog mereka, maka aku un-follow semula.

Kini kenalan pun semakin bertambah tidak seperti masa mula-mula aku memasuki alam pekerjaan dahulu. Pada masa itu, aku datang seorang diri ke kotaraya ini. Teman-teman aku tinggalkan di kampung halamanan manakala teman-teman sewaktu belajar memulakan hidup mereka sendiri di tempat mereka masing-masing.

Kenalan-kenalan baru ini, ada yang sempat aku berjumpa. Seperti tidak percaya sahaja kerana aku sememangnya tidak mengenali mereka pada mulanya. Dengan blog aku bertemu mereka seperti ketentuan jodoh sahaja. Maksud aku jodoh dalam berkawan bukan jodoh hendak berkahwin.

Aku juga rasanya semakin ceria walaupun banyak masalah. Dahulu di tempat kerja, tekanan banyak tak terhingga. Apabila pulang kerja, aku hanya duduk rumah tidak buat apa-apa. Kini aku boleh mengarang dan membaca blog untuk menghiburkan jiwa yang tertekan setelah penat bekerja. Blog pun berguna melepaskan tekanan jiwa sebenarnya namun jangan lalai sahaja.

Ringkasnya, semakin lama anda bermain blog maka;

  • Idea semakin berkurang maka anda mengurangkan entri anda yang menyebabkan update berkurang.
  • Anda menemui gaya anda yang sebenar dan kemahiran anda mengolah semakin meningkat.
  • Anda lebih sukakan blog yang simple dan ringan agar senang orang membaca. 
  • Anda lebih selektif dalam memilih blog yang anda baca.
  • Kenalan bertambah dan ada yang menjadi kenalan di alam nyata, bukan dalam blog semata-mata.
  • Anda lebih utamakan blog untuk mengisi masa kerana keseronokannya tidak terhingga dan ia menjadi terapi jiwa.

**********

Namun, ada satu yang masih sama. Aku memulakan blog dengan status single dan kini aku masih single. Bulan Januari tahun hadapan maka cukuplah tiga tahun aku single sahaja.

Dari dahulu orang kata blog aku ramai peminatnya. Orang kata blog aku punya secret admire juga. Ya ka? Mengapa aku tidak dapat seorang awek walaupun sudah lama berkecimpung di dalam dunia blog ini?

Mungkinkah aku terlalu hensem orangnya? Orang kata, lelaki hensem selalu menjadi mangsa diskriminasi wanita. Mereka takut lelaki hensem kerana ramai yang bersikap buaya dan selalu menjadi buruan wanita.

Tidak ku pinta lahir hensem ke dunia. Tidak ku duga wajah ku comel sebegini.


CENDAWAN PELIK

View Comments
Ini adalah kisah lama yang diceritakan oleh rakan-rakan sewaktu sekolah rendah dahulu. Kebenaran kisah ini sukar dikenalpasti.

**********

Pada suatu masa dahulu, ada seorang remaja lelaki bernama Ah Fatt tinggal di sebuah perkampungan terpencil. Ah Fatt, adalah anak sulung dan satu-satunya lelaki daripada 3 orang adik beradiknya. Ah Fatt sudah berusia 18 tahun manakala dua orang adiknya yang kedua-duanya perempuan masih dalam usia kanak-kanak riang.

Walaupun Ah Fatt adalah anak sulung, namun dia bukanlah anak yang bertanggungjawab untuk membantu kedua ibu bapanya. Memandangkan mereka tinggal di perkampungan, sepatutnya Ah Fatt membantu ibu bapanya berkebun ataupun memungut hasil hutan tetapi sebaliknya berlaku apabila Ah Fatt berat tulang untuk membantu ibu bapanya. Disebabkan itu, berkali-kali ayahnya memarahi Ah Fatt namun semuanya hanya ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’.

Hinggalah pada suatu hari, bapanya tidak sihat untuk bekerja. Bukan sehari tetapi sudah seminggu lamanya ayah Ah Fatt terlantar di katil sahaja. Disebabkan itu, stok makanan mereka sudah berkurangan dan jika kehabisan, maknanya dapur mereka tidak akan berasap. Maka, Ah Fatt terpaksa jua mengerah tulang empat keratnya kerana terpaksa.

Pada suatu pagi, buat pertama kalinya, Ah Fatt mengikuti sekumpulan penduduk kampung bagi memungut hasil hutan. Namun, disebabkan kemalasannya masih menebal maka sesampainya di hutan, Ah Fatt hanya berehat-rehat dan tidur sahaja sedangkan pada masa itu penduduk kampung yang lain bekerja keras.

Penduduk kampung hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan sikap pemalas Ah Fatt. Namun, disebabkan mereka kasihan kepada ayahnya, maka mereka tetap juga berkongsi sedikit hasil dengan Ah Fatt. Hasil yang diberikan itu boleh bertahan selama tiga hari untuk kegunaan keluarga Ah Fatt.

Tiga hari selepas itu, disebabkan stok makanan mereka sudah kehabisan, Ah Fatt terpaksa masuk ke hutan lagi, namun kali ini tiada kumpulan yang mahu membawanya kerana hanya merugikan sahaja. Disebabkan tiada yang mahu membawanya, maka Ah Fatt hanya duduk melepak di bawah pokok jauh daripada rumahnya. Dia tidak mahu pulang ke rumah kerana takut dimarahi oleh orang tuanya kerana tidak membawa hasil untuk bekalan keluarga.

Lama dia berfikir di bawah pokok itu, kemudian dia mendapat satu idea. Dia bercadang masuk ke hutan melalui jalan yang dilaluinya pada tiga hari yang lalu dan kemudian melancarkan satu perancangan licik untuk mencuri hasil daripada penduduk kampung.

Dua jam selepas memasuki hutan sendirian, akhirnya Ah Fatt melihat sekumpulan wanita, empat orang semuanya yang juga berasal dari kampungnya sedang memungut hasil hutan. Kumpulan wanita itu adalah pecahan daripada satu kumpulan yang besar yang berpecah bagi memungut hasil yang berlainan.

Melihatkan mereka, Ah Fatt bersembunyi dan menghendap dari sebalik semak. Sambil menghendap, Ah Fatt melihat-lihat kawasan sekitar bagi memulakan rancangan jahatnya.

Lama dia menghendap, akhirnya dia berkeputusan untuk menjalankan rancangannya di laluan keluar wanita berkenaan untuk menuju ke kumpulan mereka yang berada dalam satu kilometer jauhnya. Di tepi laluan itu, Ah Fatt menggali tanah dan menanam dirinya. Aktivitinya itu tidak disedari oleh empat wanita tadi yang sedang asyik bekerja. Lagipun tempat pilihannya itu terlindung daripada penglihatan mereka.

Perancangan Ah Fatt cukup mudah. Dia menanamkan seluruh badannya dan hanya menutup muka dengan daun. Selain itu, dia membiarkan ‘anu’nya terdedah di atas permukaan tanah. Pada masa empat wanita itu hendak pergi ke kumpulan mereka nanti, pastinya mereka akan terlihat ‘anu’ Ah Fatt di atas tanah.

Seperti yang dirancang, sewaktu empat wanita tadi mahu kembali kepada kumpulan mereka dan sewaktu mereka melalui laluan itu, salah seorang daripada mereka terlihat ‘anu’ Ah Fatt yang terpacak di permukaan tanah. Wanita tersebut berteriak, “Eh! Cendawan”.

Seterusnya, wanita berkenaan mencabut ‘cendawan’ tadi dan muncullah seluruh badan Ah Fatt dari dalam tanah. Mereka berempat terkejut dan melepaskan hasil yang mereka bawa lalu melarikan diri. Hasil yang ditinggalkan itu di kutip oleh Ah Fatt dan dibawa pulang ke rumahnya.

Kejahatan Ah Fatt berjaya.

**********

Aku mendengar cerita ini pada masa aku sekolah rendah. Aku berasa pelik kerana ‘Anu lelaki’ dan Cendawan tak boleh dibezakan ker? Cendawan apa yang begitu pelik hingga wujud cerita ini?

Berpuluh tahun kemudian dan adanya dunia blog, aku menjumpai gambar Cendawan Pelik itu dalam blog lain. Memang seiras. Lihatlah di sini.

Disebabkan ianya seiras maka boleh diumpamakan;
“Tiada 'anu', boleh guna cendawan sebagai ganti”
“Tiada cendawan, boleh makan 'anu' lelaki. Dimasak lomak cili api”


MAKANAN TERLARANG

View Comments
Krok! Krok! krok!

Bunyi kunyahan dari dalam mulut seorang kanak-kanak comel. Seperti ada sesuatu benda yang keras sedang dikunyah. Di mulutnya penuh dengan benda tu. Di genggamannya penuh dengan benda tu. Di poketnya juga penuh dengan benda tu. Apa yang dia makan?

"Apa kau makan tu? Mintak bah sikit", kata kawan budak lelaki comel yang sedang mengunyah tadi.

"nhdakgh hada", katanya tetapi tidak jelas kedengaran disebabkan mulutnya yang terlampau penuh. Dalam hatinya berkata, "Kacau jak bah durang ni". Kemudian dia berlari meninggalkan kawan-kawannya.

Itulah aktiviti budak comel itu. Umurnya dalam lingkungan budak sekolah rendah. Jika tidak silap dia mengamalkan memakan benda tu sehingga ke tingkatan 3 dan kemudian berhenti disebabkan sudah bosan.

Ada juga masanya, sedang dia bermain guli bersama kawan-kawan, tiba-tiba benda berkenaan terjatuh dari poketnya. Kawannya bertanya, "Apa tu? Eh ******* bah tu kan?". Wajah kawannya penuh tanda tanya. "Ah biarlah", budak comel itu berkata seperti tidak kisah dengan benda tadi dan berpura-pura tidak tahu kerana tidak mahu menjawab pertanyaan kawannya. Kemudian mereka pun sambung bermain.

Sebenarnya apa yang dimakan tu bukanlah makanan HARAM. Tapi makanan itu adalah makanan yang DILARANG terutamanya oleh Mahaguru Kungfu Cubitan Tanpa Bayang aka Emaknya sendiri. Jadi, budak lelaki comel itu sentiasa berhati-hati. Dia pastikan dia tidak tertangkap. Jika tertangkap buruk padahnya. Cubitan Tanpa Bayang bakal merobekkan tubuhnya yang MULUS itu.

Namun, dia pernah juga ditangkap beberapa kali. Adakah dia insaf? Tidak. Tidak sama sekali kerana benda itu seperti juga MARIJUANA, KOKAIN ataupun ROKOK yang boleh menyebabkan ketagihan.

Suatu hari dan hari itu adalah hari cuti, budak comel itu duduk di rumah sahaja dan dia kebosanan. Sepatutnya dia pergi bermain-main bersama rakan-rakan. Namun, dia perlu melempiaskan NAFSUnya terlebih dahulu terhadap makanan kegemarannya.

Dia berpura-pura ke dapur namun ada emaknya dan juga adiknya. Dia ambil air minuman di dalam peti ais sambil mencuri pandang ke tempat sasarannya iaitu tempat makanan kegemarannya di simpan. Dia terliur tetapi ditahankan juga kerana dia tidak mahu ditangkap kelak. Kemudian, dia kembali ke ruang tamu menyambung tontonan katun di kaca TV.

Sejam kemudian, dia ke dapur semula. Dari dapur dia memerhatikan ke bawah rumah dan melihat emaknya sedang khusyuk membasuh baju manakala adiknya sedang leka bermain-main. Inilah peluang yang dinanti-nantikannya dari tadi.

Dengan kadar segera dia pergi ke tempat sasaran. Tempat itu sungguh gelap terletak pada satu sudut di dalam dapur. Di situ ada satu tempayan dan di dalamnya adalah apa yang menjadi sasarannya.

Dibukanya tempayan itu perlahan-lahan. Dimasukkan tangannya mencapai makanan kegemarannya. Digenggamnya makanan itu lalu dimasukkan ke dalam poket. Kemudian, dia memasukkan tangan lagi dan menggenggam makanan kegemarannya untuk kali kedua sebelum dia membuat keputusan untuk berlalu.

Sedang dia hendak meninggalkan tempat tersebut, tiba-tiba muncul satu lembaga di hadapannya. Opss! Adiknya memandang ke arahnya namun tempat itu sungguh gelap. Adiknya memerhatikan dia yang sudah terkaku berdiri dengan harapan perlakuannya tidak disedari.

Adiknya memerhatikannya seumpama sedang menganalisis data-data daripada penglihatannya. Sejurus kemudian, adiknya sudah tahu apa yang berlaku.

Selanjutnya adiknya berteriak, "Oh Makkkkkkkkkk, si Ah Fatt makan berassssssssss!". Nyaring sungguh teriakan adiknya itu. Aku (budak comel) melarikan diri dengan beras penuh di dalam poket dan genggaman tangan ku.

Itulah makanan kegemaran ku dahulu. Makanan terlarang kerna seperti perumpamaan "Hanya tahu menghabiskan beras jer".